Saturday, February 4, 2012

Salam Maulidurasul...


 Hendaklah kita selalu menjaga 7 sunnah Rasullah SAW & boleh diaplikasi in every single day...1.Tahajjud 2. Membaca Al Quran 3. Jgn Tgglkn Masjid espcially subuh 4. Jaga solat dhuha 5. Jaga Sedekah setiapa hari 6.Jaga wuduk 7.Amalkan Istighfar....Salam Maulidurasul to all of u...hope we istiqamah in loving him forever n ever.
P/S: Salam Maulidurasul to all of u...marila kita cuba utk memperbaiki diri dari semasa ke semasa...Insha Allah!!!
(MuHaMMaD86)

Sunday, November 13, 2011

kisah Hati Ini...Siapa Tahu?




Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

P/S:Sungguh hebat dugaan ini,kenapa harus ada ujian yg sehebat ini disaat cuti sek panjang makin hampir...aku dh explain segalanya,aku harap dia faham...aku buat semua ni kerana Allah SWT!!!bukan sebab lain2...aku xprnh benci,dendam,marah...aku gembira bila blh tgk dia bergelak ketawa,biar aku susah dan sakit pn xpa,sesungguhnya aku yakin pasti ada hikmah...aku doakan utk dia dunia dan akhirat...ttg aku,jgn risau!!!aku redha dgn takdir ini,bukan aku minta ini terjadi dekat aku tapi apa boleh buat kecuali SABAR,REDHA DAN BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT!!!....ini bukan kisah cinta murahan ok,sekadar suka2...hik3!!!

(MuHaMMaD86)

Monday, October 17, 2011

Hoki Dan Aquaria KL


Last Weekend,aku involve dgn 2 aktiviti yg hebat juga la...nak kata hebat xla hebat sgt cuma bnda ni pnglaman berharga yg aku dapat dlm hidup...lepas balik dr kursus MT,aku diajak oleh cg samat utk join pertandingan hoki PSKKP yakni kejohanan sukan antara guru2,banyak sukan yg ada tapi aku masuk hoki je...represented Sabak Bernam's district...aku xtau apa niat sbnrnya cg samat ajak aku join,lantakla...yg penting aku dapat pengalaman main hoki...seriously,aku xpernah main hoki sblm ni tapi setelah mengenali cg samat,kenal la aku dgn kayu hoki n bola hoki...hehehe....walaupun kalah tp such a precious experience...wlpn dlm otak aku ni ada bnda2 negatif tp aku cuba positifkan diri,mungkin ada hikmah aku join....aku p ptg khamis,jln2 ngn cg samat pastu tdoq rmh abg cg samat...esknya lawan,cg2 yg lain ari jumaat baru datang...apa2pn layan ja...malas nak pk2 bnda2 negatif...lantaklah,ada aku kisah?

Disebabkan kalah,aku balik awal la tp disebabkan dekat ja...blh la blik terus.Pada masa yg sama,kak sayanim ajak aku join lawatan ke KL,lawatan ni utk bdk2 Asnaf(bdk2 miskin n anak2 yatim kot)...mula2 xnak p tp dh hoki kalah blh la p...sbnrnya mls nak p tmbh2....(sila tambh ayat sndiri) tp bila pk blik xkan selamanya aku nak pk org itu org ini...lantaklah,ada aku kisah?yes,berbaloi p...kami p aquaria KL,tmn burung n area KL la...layan ja wlpn dh pernah p KL...apa2pn,aku enjoy ja...ni ada org ajak join p melaka pulak...nak p xtau,tggu dan lihat ja noh...teringin juga sbb xpernah p sana...layan...apa2pn,aku nak puaskan hati aku...lantaklah prkara2 negatif yg lain...

P/S:Aku bakal jd KMU (Kerani Mengira Undi)...pilihanraya dh nak dekat,nampaknya xblh nak undi dekat kedah,meluat betui la...tp xblh nak tolak,apa2pn layan jela...anggap ni sbg pengalaman baru...mungkin ada hikmah n pengalaman kot?

(MuHaMMaD86)

Monday, October 3, 2011

My Big Family







Salam to all…pepagi buta ni ada masa pulak nak update blog,sebenarnya aku xp sekolah pagi ni selama seminggu coz I will attend a course…kursus KSSR mathematics.Mesti bosan punya tapi ok kot coz ada member2 satu maktab yg kena…kebetulan ada berukband kak rafidah,semalam dia tolong edit2 assignment bi dia…dia bagi sekali berukband utk hntar asgmnt dia…nasib baik dia baik ngn aku dekat sekolah…tu yang aku tolong,orang buat baik ngn kita kita buat baik ngn orang…itu perinsip aku kot!!!
For this posting,I put some of my family’s pics during last raya’s celebration…mcm meriah ja kn,maklum la adik beradik ramai katakan tetapi tahun ni kurang meriah cikit coz ramai kakak2 aku raya rumah mak mertua masing2. Aku ja xdak mak mertua lagi…kesian!!!
Xtau nak tulis apa dh coz lani dh kul 730 pagi,kul 8 satg nak p kursus,mandi xlagi…baju xiron lagi tapi orang jantan ni simple2 ja…maklum la dh hensem dh,so xpayah la nak bergaya lebih2…hahaha…lawak jela!!!
Hopefully,kami akan terus bahagia sampai akhir hayat. Aku selalu berdoa lepas sembahyang agar kami senantiasa dikurniakan kekuatan iman dan selalu dekat dengan Allah SWT…ini yang paling penting…nothing more than that!!!xperlu pangkat,harta berjuta juta n benda2 dunia ni…yang penting bahagia n jadi muslim n muslimat yang baik!!!
Insha Allah,pertambahan bilangan dalam keluarga akan bertambah lagi…mcm nak dapat menantu baru ja keluarga ni?sama2lah kita tunggu dan lihat….anak menakan pun bertambah 2 orang tahun ni…Insha Allah…The latest one was Aishah Najihah!!!
P/S: Allah SWT sangat sayangkan saya…banyak perubahan yang berlaku dalam hidup ni….rasa lebih dekat dengan Allah SWT…syukur  sgt2 coz pada usia muda dh dpt hidayah…walaupun mcm2 dh berlaku dlm hidup aku tetapi semuanya ada hikmah…Everything happens for a reason!!!
(MuHaMMaD86)

Monday, September 26, 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk


Surah Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”
Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..
P/S:Alhamdulillah,aku ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT di atas apa yang sedang aku lalui sekarang...yup.everything happens for a reason!!!Lets bygone be bygone...the most important things is always try the best to get closer with HIM!!!
(MuHaMMaD86)